Dakwaan palsu 300 ketua Cawangan Letak Jawatan!!!

Tags

, , , , , , , , , ,

main

Bukan keseluruhan penduduk daerah ini dan bukan kesemua ahli – ahli umno bahagian semporna yang sealiran atau menyokong perjuangan Shafie Apdal menentang kepimpinan perdana menteri. ini adalah fakta yang cuba disembunyikan dan cuba diputar belit oleh penyokong -penyokong tegar Shafie Apdal dalam tindakan mereka membantah penggantungan keahlian Shafie Apdal dari UMNO.

“Bilangan ahli -ahli UMNO yang keluar dari parti jauh sangat sedikit bilangannya berbanding bilangan keseluruhan ahli -ahli UMNO bahagian Semporna.”

Fakta yang sebenarnya, daripada 481 cawangan UMNO bahagian semporna, tidak sampai pun 100 orang ‘ketua -ketua’ cawangan yang sanggup meletak jawatan dan keluar parti bagi menunjukkan bantahan mereka dan fakta ini disokong oleh jumlah kehadiran penyokong -penyokong pada ‘mesyuarat’ di rumah kediaman Shafie Apdal yang jelas kelihatan suram tanpa kesesakan seperti sebelum – sebelum ini.

13555740_589550747889946_364724197_o

kehadiran hambar penyokong – penyokong ketika mesyuarat bantahan penggantungan keahlian Shafie Apdal

Belum ada sebarang kenyataan lisan atau kenyataan bertulis dari 300 orang ketua -ketua cawangan yang didakwa kononnya turut serta meletak jawatan bagi membantah penggantungan Shafie Apdal.

Malah, ramai ketua -ketua cawangan dan juga ahli -ahli cawangan UMNO daerah ini yang melahirkan kegusaran mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan melahirkan rasa risau nama -nama mereka akan dipergunakan tanpa persetujuan mutlak dari mereka.

Apa yang pasti dan cukup jelas, ketua -ketua cawangan yang kononnya turut serta meletak jawatan dan keluar parti itu jauh sekali tidak mencecah jumlah 300 orang seperti yang diberitakan dan mereka juga sama sekali tidak mewakili suara keseluruhan ahli -ahli cawangan yang diketuai oleh mereka. Bilangan ahli umno yang bertindak keluar parti jauh sangat sedikit bilangannya berbanding  bilangan keseluruhan Ahli Umno Bahagian Semporna.

Ramai ketua -ketua cawangan melahirkan kerisauan nama -nama mereka dipergunakan tanpa persetujuan mutlak dari mereka.

Dan ada diantara ahli – ahli cawangan yang mana ketua mereka benar -benar bertindak meletak jawatan sedang bersiap sedia untuk mengambil alih tampuk kepimpinan cawangan masing -masing bagi memastikan cawangan masing -masing kekal stabil dan kekal menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Razak.

Cukup jelas disini, ahli -ahli parti yang hadir pada ‘mesyuarat’ membantah penggantungan shafie ini hanya terdiri dari kalangan penyokong – penyokong tegar Shafie Apdal yang tidak pun mencecah bilangan seratus orang dan diantara mereka yang hadir itu ada yang tidak pernah tahu agenda pada hari itu, sekadar hadir untuk berbuka puasa. Amatlah jelas bukan semua yang hadir itu berstatus ketua cawangan.

13509742_589550751223279_1180747123_o

Hanya penyokong – penyokong tegar Shafie Apdal yang hadir dan mereka tidak sama sekali mewakili suara ahli -ahli umno secara keseluruhannya

UMNO semporna tetap utuh dan kukuh tanpa kehadiran Shafie Apdal, dan fakta ini disokong sendiri oleh Datuk Ramlee Marahaban ADUN N.54 Bugaya yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, yang kebetulan berada di Semporna untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga pendidik dan ketua -ketua Jabatan Daerah Semporna.

13556038_589550757889945_1578400395_o

Datuk Ramlee yang kebetulan berada di Semporna ketika mesyuarat bantahan penggantungan Shafie Apdal

Beliau menyaksikan sendiri ‘kesuraman’ sokongan bantahan penggantungan Shafie Apdal dan dengan tegasnya menyatakan bahawa bantahan yang dibuat oleh penyokong -penyokong ultra Shafie yang kononnya disertai 300 orang ketua cawangan itu hanyalah pembohongan yang semata -mata bertujuan untuk menarik perhatian kepimpinan UMNO pusat dan cubaan untuk menakut -nakutkan ahli -ahli umno bahagian semporna bagi meraih sokongan mereka untuk turut sama bertindak keluar dari parti.

13524025_589550787889942_635354823_o

Datuk Ramlee Marahaban, ADUN N54  Bugaya yang juga merupakan Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah

Yang pastinya, individu – individu yang bertindak membantah penggantungan Shafie Apdal tidak sama sekali mewakili suara keseluruhan ahli -ahli UMNO bahagian Semporna dan suara bantahan mereka bukanlah keputusan sebulat suara yang disetujui oleh kesemua ahli – ahli UMNO daerah yang pada ketika ini mahukan kestabilan parti dipulihkan seperti sedia kala.

Senario semasa dalam daerah ini sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa UMNO Semporna tetap utuh dan kukuh walaupun tanpa kehadiran Shafie Apdal dan para penyokong – penyokong tegarnya.Adalah amat penting untuk para pemerhati – pemerhati dari luar untuk tidak mengganggap sebarang kenyataan penyokong – penyokong tegar Shafie Apdal dalam daerah ini adalah suara keseluruhan ahli – ahli umno daerah ini.

(Update) Dan pada hari ini, satu persatu ahli -ahli umno daerah semporna yang tampil membuat penafian bahawa mereka bertindak meletak jawatan atau keluar parti. Ketua Puteri Umno tampil dengan kenyataan akhbarnya membidas laporan sebelum ini yang kononnya beliau meletak jawatan, begitu juga ahli -ahli umno yang lain dari sayap pemuda dan sayap wanita, mereka juga sudah mula tampil satu persatu membuat penafian bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan ketua pemuda dan ketua wanita yang keluar parti!

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,031 other followers